Friday, November 27, 2009

Kerjaya Berdasarkan Zodiak ? HAHAH

actually semua benda ni dapat dekat facebook, Hm tadi boring so buat je lah benda merepek ni dia suruh bagi DOB then SUBMIT. Ni haa result dia GEMINI.

Jemput baca :)

Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi. Dengan kemahiran ini, anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik. Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan, pendidikan, perjualan dan kewartawanan.

Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini, terkenal sebagai penyajak, pelukis, pemuzik dan ahli sufi. Sehingga kini, pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain.

Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan. Gemini gemar membuat perbincangan atau "tawar-menawar" dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara. Oleh sebab itu, sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.

Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah, kekadang anda sangat ceria dengan wang, tetapi pada ketika yang lain, anda seolah-olah tidak mempedulikan wang! Pada keseluruhannya, matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.



Thankyou

No comments:

Post a Comment